Alat Mengecat Garisan

Alat Mengecat Garisan
gambar kajian

gambar kajian alat mengecat secara manual

kedai cat-tanya nama cat dan jenis cat

mesin mengecat yang dah sedia ada dekat luar negara

pelbagai mesin mengecat garisan padang

mesin mengecat garisan padang menggunakan tayar yang boleh membuat lengkungan

sistem break digunakan bagi menggeluarkan cat

adjusting barrel boleh dilaras bagi pengeluaran cat

pemicit- bagi mengeluarkan cat

Monday, November 1, 2010

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN

Sejak dahulu lagi banyak produk yang telah direkabentuk untuk memberi keselesaan, kesenangan dan kemudahan kepada pengguna. Ianya direkabentuk dari semasa ke semasa berpandukan kepada kelemahan sebelumnya. Setiap masa pasti sesuatu rekabentuk terkini dihasilkan. Keperluan dan juga kehendak pengguna yang semakin meningkat dari semasa ke semasa sentiasa membuatkan pereka bentuk menghasilkan produk yang terbaik untuk kepuasan masa akan datang.

Semasa proses merekabentuk dilaksanakan, banyak perkara-perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya adalah bagaimana dan apakah kaedah yang harus digunakan untuk memastikan produk dan keputusan itu berjaya memenuhi kehendak pengguna dapat dihasilkan.

Terdapat juga sesetengah produk yang dihasilkan tidak mendapat tempat dihati pengguna. Pada masa kini rekabentuk lebih tertumpu kepada pembuatan dari segi automatik dan juga alat kawalan, tetapi manual juga tidak dilupakan.

Semasa pemerhatian dan kajian dilakukan, didapati penggunaan berus dan cat untuk mengecat garisan yang lurus, bulatan dan lengkungan masih digunakan lagi. Hasil dari analisis yang dilakukan rekabentuk untuk mencipta alat mengecat garisan dilakukan dan direkabentuk untuk memudahkan kerja.

Rod cat boleh digunakan pada alat boleh dilaraskan penggunaannya bertujuan untuk memudahkan lagi penggunaannya. Alat ini boleh mengubah arah tanpa mengangkatnya. Alat ini direka bentuk untuk meringankan kerja.



1.1 Peranan Kejuruteraan Rekabentuk Industri Di Dalam Sektor Pembuatan

Saban hari pelbagai produk yang dicipta untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Setiap produk yang dicipta itu mempunyai kelebihan dan juga kelemahan yang tersendiri.
Ianya bergantung kepada pencipta atau pereka bentuk produk tersebut.

Pengoperasian dalam mereka bentuk sesuatu produk itu mestilah mengandungi perkara-perkara seperti pengoperasian yang berkesan, cepat, murah dan mudah untuk digunakan.

Berikut merupakan tiga elemen yang memainkan peranan yang penting dalam mencapai penghasilan produk yang baik.




1.2 Objektif Projek


Penggunaan pelbagai jenis dan rupa bentuk produk dari semasa ke semasa dapat dilihat di sekeliling dengan mudahnya. Setiap produk yang terdapat di pasaran dapat memberi kemudahan kepada pengguna.

Setelah dilihat akan kerumitan yang berlaku kepada pekerja untuk mengecat garisan, bulatan dan lengkungan atas dasar inilah maka alat mengecat garisan direkabentuk dan dihasilkan dalam projek ini.

Produk ini direkabentuk untuk memberi kemudahan, kesenangan dan juga dapat menjimatkan tenaga.



1.3 Cabang Dan Arah Tuju Rekabentuk

Pelbagai produk baru yang direka bentuk telah dapat memberi kesan kepada kehidupan pada masa kini. Produk yang telah direka bentuk tidak kira samaada bahan dari besi, plastik, cermin dan sebagainya. Setiap yang direka bentuk itu mempunyai arah cabang dan tujuannya masing-masing untuk memberi pulangan dan kemudahan kepada pengguna pada masa kini.



1.3.1 Perniagaan


Apabila alat ini telah dihasilkan, ianya boleh dipasarkan dalam sektor perniagaan. Walaupun ianya adalah alat yang mudah tetapi tujuannya adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkesan dari segi tenaga. Menggunakan bahan yang tahan lama dapat menjadikan ianya sesuai untuk diniagakan.



1.3.2 Pusat-Pusat Pengajian

Pelbagai nama pusat-pusat pengajian yang telah dibina, seperti yang diketahui setiap pusat-pusat pengajian seharusnya menyediakan pelbagai kemudahan untuk kesenangan pelajarnya. Oleh demikian, alat ini direka bentuk adalah untuk mengecat garisan pada gelanggang permainan dan juga kawasan tempat letak kereta di kawasan tersebut.



1.3.3 Persendirian

Pada aspek ini dilihat pula jika seseorang ingin menjalankan perniagaan atau perkhimatan untuk mengecat garisan. Bolehlah menggunakan alat ini untuk kemudahan yang ingin digunakan. Ianya amat sesuai untuk menambahkan pendapatan.



1.4 Skop Kerja


Skop kerja adalah perkara yang penting kerana ianya adalah perkara yang perlu dilakukan semasa merekabentuk. Aktiviti yang perlu sahaja dilakukan dalam memproses supaya mengikut apa yang diinginkan.

Skop kerja yang telah ditetapkan adalah untuk memudahkan lagi kerja yang dilakukan. Ianya telah ditetapkan seperti berikut :-

i. Merekabentuk sistem atau konsep roda yang boleh mengawal kadar aliran cat.

ii. Merekabentuk dan membina butir-butir yang difikirkan perlu untuk membina alat.

iii. Menyediakan lukisan yang berkaitan dengan alat yang ingin dicipta untuk kemudahan rujukan pada pembinaan alat.

iv. Mengetahui lebih lanjut tentang bahan-bahan yang digunakan.

v. Menghasilkan sebuah alat.



2.0 KAEDAH KAJIAN MAKLUMAT


Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mencari maklumat bagi melangkapkan laporan yang terperinci mengenai rekabentuk yang ingin dihasilkan.

Kaedah- kaedah digunakan untuk mencari maklumat iaitu cadangan projek dari :

- Rekabentuk sedia ada

- Kajian ke stor

- Maklumat dari internet

- Pandangan /komen penyelia dan penasihat projek


Oleh yang demikian, kaedah-kaedah yang digunakan bagi menyiapkan dan melengkapkan laporan untuk merekabentuk alat mengecat garisan adalah sesuai untuk digunakan dalam menyiapkan projek yang ingin dihasilkan.

Pertama sekali ialah melihat rekabentuk alat yang sedia ada. Rekabentuk alat yang sedia ada dilakukan melihat dari sudut kelemahan dan juga kebaikannya. Pelbagai jenis produk dapat dilihat dipasaran dan juga kepentingan dalam menghasilkan sesuatu tugas. Ianya dilihat sama ada boleh berfungsi atau tidak sekiranya pembaharuan terhadap alat ini dilakukan.

Seterusnya, mengadakan kajian di stor. Melalui pemerhatian dilakukan diadakan bagi melihat dan mengkaji akan permasalahan yang ada semasa melakukan kerja-kerja mengecat garisan. Bentuk terhadap alat ini juga dibuat kajian samaada ianya senang untuk digunakan atau tidak semasa proses mengecat dilakukan.

Kemudian mencari maklumat melalui internet. Secara amnya mencari maklumat melalui internet sungguh menyenangkan dan lebih pantas. Melalui internet maklumat yang diperolehi bukan sekadar di dalam negara malah keseluruh dunia. Maklumat yang dapat di dalam internet mengenai alat ini sememangnya dapat memberi idea untuk menghasilkan alat ini.

Akhir sekali ialah menerima khidmat nasihat daripada para pensyarah dan juga penyelia. Khidmat nasihat daripada pensyarah perlu untuk mendapatkan pandangan mengenai rekabentuk yang telah dihasilkan, disamping mendapat pandangan akan kesesuaian seseuatu projek. Ini membolehkan idea dikongsi bersama-sama dalam menghasilkan sesuatu produk.





2.1 Kajian Ringkas Projek

Setelah melalui kajian yang telah dibuat penggunaan cat untuk mengecat garisan sudah lama di dalam industri. Penggunaannya juga meluas dan tidak terhad semata-mata untuk mengecat dilantai yang licin sahaja.

Melalui kajian yang telah dibuat alat ini dicipta atau direka berdasarkan kepada keperluan dan juga kegunaannya. Oleh itu, alat ini banyak digunakan untuk mengecat kawasan-kawasan yang dianggap agar terhad seperti gelanggang permainan dan juga jalan raya. Jadinya alat ini boleh dikatakan menjimatkan tenaga yang menggunakannya. Jadi sebelum ini memang pernah dilihat pekerja mengecat di jalan raya namun begitu ianya dilakukan secara besar-besaran tetapi kini rekabentul yang ingin dicipta hanya kawasan yang agak terhad sahaja.



2.2 Rekabentuk Yang Sedia Ada

Pasaran pada masa ini dapat dilihat pelbagai rekabentuk yang melibatkan alat mengecat bagi kegunaan mengecat garisan dalam kaedah sejajar, setiap rekaan yang direka berdasarkan keperluan dan kesesuaian pada saiz benda kerja yang hendak dijalankan pada alat tersebut. Alat itu juga bergantung kepada setiap yang benda yang ingin dicat.

Alat mengecat garisan boleh didefinasikan sebagai sesuatu aktiviti kerja yang digunakan untuk mengecat garisan. Pada masa ini terdapat pelbagai teknik untuk mengecat antaranya ialah semburan. Roda juga merupakan satu teknik dalam proses mengecat. Pelbagai jenis teknik mengecat juga bergantung kepada benda apa yang ingin dicat.

Pengguna alat ini didalam industry sungguh meluas kerana mengecat merupakan aktiviti yang sentiasa dilakukan. Apa yang dilihat banyak kawasan yang perlu dicat antaranya ialah jalan raya, gelanggang permainan, padang permainan dan sebagainya. Antara kebaikannya ialah dapat meningkatkan ketepatan mengecat.

Oleh yang demikian, sudah tentunya ia akan memudahkan lagi aktiviti –aktiviti tadi untuk dijalankan dan juga untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan. Dapat juga untuk meningkatkan produktiviti kerana memudahkan sesuatu operasi itu dijalankan untuk mendapatkan hasil yang terbaik serta dapat menjimatkan masa. Kebaikan ini dapat memberi kelebihan kepada pengeluar untuk mengaut lebih keuntungan. Ia juga bergantung kepada kawasan yang ingin dicat.

Penggunaan alat ini didalam aktiviti mengecat gelanggang permainan dan jalan raya amat menyenangkan kerana alat ini bukan sahaja dapat mengecat pada permukaan yang rata malah rodanya dapat berpusing 360 darjah untuk memudahkan lagi penggunaannya. Ini dapat memudahkan kerja-kerja mengecat. Secara tidak langsung akan memberi tanggapan yang baik daripada pelanggan tehadap hasil kerja yang dijalankan.

Alat ini juga dapat memberikan kesan positif terhadap perniagaan yang dijalankan. Alat ini juga selamat untuk digunakan di dalam aktiviti mengecat kerana kebanyakkan rekaan yang sedia ada telah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang difikirkan perlu oleh setiap pereka. Produk ini juga dapat memberi kebaikan dari segi ekonomi kerana kos pembuatan bagi setiap rekabentuk di dalam proses pembuatan dapat dinilai berdasarkan kualiti dan juga harga bagi setiap produk.



Spesifikasi Rekabentuk

Berdasarkan spesifikasi rekabentuk merupakan kajian maklumat yang lengkap dan menyeluruh yang telah dibuat dan diperhatikan melalui rekaan yang telah direkabentuk. Merupakan satu rumusan kajian maklumat untuk merekabentuk. Spesifikasi ini juga merupakan garis panduan untuk merekabentuk alat mengecat garisan. Spesifikasi yang terdapat pada mesin ini ialah :-

i. Pengguna

Sasaran utama adalah kepada mereka yang terlibat dengan kerja-kerja mengecat. Walaubagaimanapun ia hanya sesuai kepada mereka yang melakukan kerja-kerja mengecat.

ii. Saiz

Saiz alat yang agak kecil sesuai bagi penggunaan dalam aktiviti mengecat.

iii. Bahan buatan

Bahan yang digunakan bagi membina mesin ini adalah kebanyakkannya adalah dari besi plate. Namun terdapat juga bahan lain yang digunakan pada alat ini.